[VIDEO] 'Hi five' Filipina buat Harimau Malaya bengang
MANILA - Pasukan bola sepak Malaysia terpaksa akur dengan kekalahan tipis 1-0 di tangan tuan rumah dalam aksi kedua Kumpulan A Sukan SEA 2019 di Stadium Memorial Rizal.
Bagaimanapun, ada peristiwa yang mungkin menimbulkan tidak puas hati pemain Malaysia seperti yang dikongsi @harimaumalaya7 Twitternya sehingga tular di media sosial.
Video yang memaparkan pemain beratur untuk bersalaman selepas perlawanan namun seorang pemain Filipina, Justin Baas didakwa bertindak bersalaman dengan cara yang agak kasar dengan pemain Malaysia.
Tindakannya itu dipercayai membuatkan beberapa pemain negara kecewa kerana bersalaman itu bertujuan menunjukkan tanda hormat serta semangat kesukanan yang tinggi di antara pemain.
Dalam pada itu, @harimaumalaya7 turut membuat naik ciapan memberitahu,"Wow tak perasan ini masa siaran langsung, biadab sungguh.
Justin Baas, main AZ Alkmaar, Filipina enang dengan Malaysia celebrate dah mcm menang World Cup. Ini kalau buat dekat team Mendonia, habislah IG kau kene serang. Nasib baik player Malaysia chill lagi," tulisnya.
Perkongsian video yang berdurasi 1 minit itu kini meraih 377,400 tontonan, 13,800 ulang kicau.
Bagaimanapun, netizen memuji kematangan pasukan Malaysia apabila hanya melakukan bantahan dan bukannya pergaduhan.
Warga maya turut memuji tindakan kapten pasukan skuad Harimau Malaya, Adam Nor Azlin kerana berjaya menenangkan serta menghalang rakan sepasukannya yang lain daripada melakukan tindakan tidak sepatutnya.
"Nampak riak dia dapat kalahkan Malaysia sahaja. Tenanglah, menang pun dekat Sea Games tu pun. Bukannya final, aduh kelam kabut betul," tulis @mizzatrashid di Twitter.
@yusofhsnn pula memberitahu, "Pemain ini biadab tapi kalau tengok Adam memang layak jadi kapten. Setiap kali ada pemain gaduh dalam padang, dia akan leraikan dan tenangkan pasukan dia.
Macam dalam video, bila pasukan dia dah start koyak, dia settle kan dah lawan untuk mereka.
Wow tak prasan ni masa live, biadab sungguh. Justin Baas, main AZ Alkmaar, Filipina menang dengan Malaysia celebrate dah mcm menang World Cup. Ni kalau buat kat team mendonia, habislah IG kau kene serang. Sib baik player Malaysia chill lagi. pic.twitter.com/WPNd0hLvDt
— Harimau Malaya (@harimaumalaya7) December 3, 2019
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!